Sir Tauhid Alhaj


Wednesday, July 15, 2009

Masih ingat kah peritiwa Natrah

Saat-saat bahagia pasangan Mansor Adabi bersama Natrah

Kalaulah Natrah tahu...
Kisah budak perempuan bernama Natrah yang dibela sebuah keluarga Melayu tetapi direbut bapanya, seorang Belanda, menggemparkan Tanah Melayu. Selepas 59 tahun, peristiwa murtad itu terus diperkatakan.

PEMERGIAN Bertha Hertogh, atau nama Islamnya, Natrah, 72, pada 9 Julai lalu, disifatkan bekas penulis dan penyelidik untuk majalah Dewan Masyarakat, Datin Fatini Yaacob, 50, sebagai satu pengakhiran kepada penderitaan wanita malang itu.
Fatini pernah menjejak Natrah sehingga ke Belanda dan Amerika Syarikat (AS) kira-kira 20 tahun lalu untuk merungkai kisah pencetus Rusuhan Natrah yang berlaku di Singapura pada 1950 itu.

Natrah, yang dilahirkan pada 24 Mac 1937, menjadi rebutan antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamad, dengan keluarga kandungnya yang berasal dari Belanda.
Sebelum itu, Natrah ditinggalkan ibunya, Adeline Hunter, di bawah jagaan Che Aminah ketika berumur lima tahun di Jawa setelah bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh, ditawan tentera Jepun. Sepanjang berada di bawah jagaan Che Aminah, Natrah dididik dengan agama Islam dan adat Melayu.
Setelah berpindah ke Singapura, Hertogh menuntut Natrah dikembalikan kepadanya.

Pada mulanya Che Aminah memenangi hak penjagaan ke atas Natrah. Namun tindakannya menjodohkan Natrah dengan Mansor Adabi, seorang guru berusia 22 tahun, mengeruhkan keadaan kerana Natrah baru berumur 13 tahun.
Undang-undang Belanda menetapkan remaja di bawah 16 tahun tidak boleh dinikahkan dan pernikahan itu berlangsung di Singapura yang mengamalkan undang-undang British.


Tinggal kenangan;
(dari kiri)Peguam Ahmad Ibrahim,Natrah,Cik Aminah,Mansor Adabi(suaminya)bapa angkat Mansor M.A Majid


Akhirnya, pernikahan itu dibatalkan dan Natrah dibawa pulang ke Belanda. Ketika di Belanda, Natrah dimurtadkan, sekali gus mencetus kemarahan warga Singapura dan Tanah Melayu. Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.

Khamis lalu, 9Julai 2009 bersamaan 16Rejab 1430H Natrah dilaporkan meninggal dunia di Huijbergen, Belanda selepas lama menderita penyakit leukemia.
"Mengikut kajian dan pemerhatian saya sehingga hari dia meninggal dunia, Natrah tidak pernah mahu melupakan bekas suaminya, arwah Mansor Adabi, ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed, keluarga angkatnya yang kini berada di Kemaman, Terengganu, dan kehidupannya di Singapura," kata Fatini yang kini merupakan Karyawan Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Malah, ujar beliau, hidup Natrah sejak dibawa ke Belanda yang dipenuhi dengan paksaan menyebabkan trauma yang berpanjangan.
"Hidupnya ketika itu dikelilingi polis setiap masa. Dia juga dipaksa untuk melakukan banyak perkara di luar keinginannya termasuklah melupakan Mansor, Che Aminah, keluarga angkat dan segala amalan yang berkaitan dengan Islam.
Setelah gagal menjejak Natrah di Belanda,Fatini(kanan)pergi ke AS dan bertemu Natrah di sana pada tahun 1989


"Sedangkan semasa di bawah jagaan Che Aminah, hubungan Natrah dengan ibu angkatnya itu cukup mesra dan penuh kasih sayang.
"Perkara ini diakui seorang pegawai Inggeris yang ditugaskan untuk menjaga Natrah ketika diletakkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Singapura, Tom Eames Hughes, yang kemudiannya menulis kisah itu dalam bukunya bertajuk Tangled Worlds: The Story of Maria Hertogh (1980)," kongsinya.




Natrah cuba bunuh suami
Menjelaskan kenyataan itu dengan merujuk rentetan kejadian cubaan Natrah membunuh suami kedua sehingga mengakibatkan perceraian, cubaan membunuh diri dan kekerapan ibu kepada 10 orang anak itu dimasukkan ke wad sakit jiwa, Fatini menambah, ia turut dilihat dengan jelas olehnya ketika menemu ramah Natrah di AS pada tahun 1989.
"Setiap kali menyebut nama Mansor Adabi, air matanya bergenang. Malah, bahasa tubuhnya juga berubah. Padahal waktu itu dia sudah berumur 52 tahun.
"Semasa temu ramah pula dia berbahasa Inggeris sepanjang masa. Tetapi ada juga dia tersasul menyebut 'cabai kerawit'. Jadi sebenarnya dia masih ingat bahasa Melayu," kenang Fatini yang turut mengingatkan bahawa teman lelaki terakhir Natrah ialah seorang warga Indonesia.
Imbas;wajah ayu Natrah ketika berusia 13 tahun yg memaut hati Mansor Adabi






Menggambarkan perwatakan Natrah sebagai seorang yang lemah lembut, Fatini bagaimanapun mengakui sukar untuk sesiapa pun membaca kesengsaraan itu pada wajahnya.
"Dia bijak menyembunyikan perasaannya. Malah hubungannya dengan anak-anak amat baik," katanya.
Ketika berita Natrah meninggal dunia sampai kepadanya, Fatini masih dalam proses melengkapkan buku biografi wanita malang itu.
"Kematian Natrah menimbulkan rasa terkilan dalam diri saya kerana banyak lagi yang saya ingin lakukan untuknya.
"Selain melengkapkan biografi ini, saya berharap benar agar dapat membantu Natrah mengubah persepsinya terhadap banyak perkara.
"Kalaulah Natrah tahu arwah Mansor hanya berhenti berusaha mendapatkannya semula setelah menerima surat yang kononnya dikirimkan Natrah. Dalam surat itu, Natrah memberitahu Mansor tentang dia sudah memeluk agama Katolik dan meminta Mansor melupakannya...
"Kalaulah Natrah tahu ada seorang lelaki bernama JC Vermeulen yang selama ini berusaha untuk menghubungkannya semula dengan Mansor melalui surat-surat yang dihantar 'mereka'...
"Natrah juga berasa bertanggungjawab ke atas kematian yang berlaku dalam rusuhan itu sehingga menyangka ada orang mahu membunuhnya selama ini," ujar anak kelahiran Perlis ini.
Menyentuh tentang rusuhan yang berlaku, Fatini berpendapat ia berpunca daripada tindakan media tempatan Singapura yang bertindak melanggar sensitiviti agama Islam.
"Ia berpunca daripada provokasi media tempatan Singapura yang berkali-kali memaparkan gambar Natrah berlutut di depan patung Virgin Mary. Perkara itu menyentuh sensitiviti agama," luahnya.

Kronologi

• Fatini menjelaskan bahawa mengikut tulisan jawi nama Natrah dieja sebagai Nadrah
• Sehari sebelum Mansor Adabi meninggal dunia sempat menyerahkan 4 fail yang berisi surat-surat yang kononnya dikirimkan Natrah kepadanya,Kini surat-surat itu ada didalam simpanan DBP
• Fatini tidak dapan mengesahkan samada Mansor pernah melafaskan cerai keatas Natrah selepas Natrah memutuskan hubungan antara mereka berdua.
• Selepas empat bulan berhempas pulas membuat kajian menjejak Natrah ke Belanda dan AS dan menyelami penderitaan yang dialamai wanita itu.Fatini merasakan dia amat mengenali Natrah.”Hasil kajian itu membuatkan saya merasa ingin memeluknya.Tetapi ketika berjumpa dengannya,Natrah hanya memeluk anak-anaknya.Saya agak kecewa tetapi saya faham dia agak fobia dengan media.Tambahan dia tidak tahu apa yang saya lakukan”luahnya.
• Fatini berkonsi antara kejadian paling perit yang pernah diterima Natrah ialah berita Mansor berkahwin lain.”selepas itu dia hampir membunuh diri dan suaminya,ditahan polis,bercerai dan dimasukkan ke wad pesakit jiwa.”katanya

Friday, July 3, 2009

Happy 29th Wedding Anniversary ~ From Kak Long & Albar



Scrapbooking at WiddlyTinks.com



To Our Beloved Mama & Babah :


HAPPY 29th ANNIVERSARY

Your anniversary is a time
For sharing your affection;
It’s obvious the two of you
Have quite a deep connection!

We send glad congratulations
And heartfelt wishes, too,
For joyful happiness and love

In everything you do.

WE LOVE BOTH OF YOU

Sunday, June 28, 2009

Family picnic - Lata Meraung

Pada 27 june , Ahad. saya dan keluarga telah pergi berkelah di Lata Meraung, Jerantut. Jerantut memangnya terdapat banyak tempat perkelahan. saya kira lebih dari sepuluh tempat-tempat yang menarik.jom lah ke tempat saya.sekali datang pasti nak lagi. saya pergi 10 orang.2 kereta.saya pakai kereta antik saya ni lah.Tengok gambar di sebelah.macho tak?






Tuan Puan, encik dan cik, ini bukan OKU. Foto saya keletihahan selepas saban hari melayan kerenah anak anak. Nak tau tak?? ketika saya melangkah kan kaki kiri ke tapak perkemahan, saya telah disengat oleh 5 ekor penyengat. pehhhhh... bisa!!!!!! walaupun nasib saya agak malang pada hari itu saya tetap bergembira.





Peserta-peserta perkelahan yg layak ke peringkat pertandingan akhir acara renang kuak dada...hehe













Amira,Yen n Kaklong.

















Yang mana Indon dan yg mana Siamese? cuba teka.















Foto keluarga selepas piknik letih tetapi seronok.
(2budak lelaki duduk hadapan anak jiran)

Sunday, June 21, 2009


special from Kak Long



Thursday, June 18, 2009

MIKI


ini gambar aksi anak saya, aidil dan menantu saya dengan kucing kesayangan kami. MIKI namanya. menantu dan anak saya ni memang suka kan kucing. dan mereka suka letak kucing dalam baju macam tu. gambar ni sempat dirakam masa cuti sekolah tahun lepas. sekarang MIKI dah besar. dah tak boleh letak dalam baju lagi dah.





Hari Lahir

3A - Albar, Aidil dan Amira

ini pun dari koleksi gambar-gambar lama saya. gambar tahun lepas bulan december. ini pun antara aktiviti tahunan wajib keluarga saya. kami akan buat makan-makan sesama anak beranak dan ipar saya yang tinggal disebelah rumah akan saya jemput sama untuk memeriahkan lagi majlis. biasanya kami buat BBQ... cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ni dah takde lagi menu satay. yang tinggal cuma ayam bakar saja.

aktiviti membakar ayam

gambar ni masa majlis hari lahir 3 org anak saya (sorang lagi menantu) yang jatuh pada bulan november dan december. menantu saya pada 26 november. aidil pada 28 november dan amira pada 7 december. kami gabung kan ketiga-tiganya dalam satu majlis.

kenangan bersama anak-anak dan ipar saya

tak lama lagi saya pula yang akan menyambut hari lahir saya yang ke 53 tahun. dan biasanya kami akan buat satu majlis juga kerana kebetulan pada bulan yang sama dua orang anak saya turut berkongsi bulan kelahiran. anak sulung saya pada 22 oktober dan qarmila pada 16 oktober. manakala saya pada 15 oktober. tapi rasanya tahun ini sambutan akan lebih meriah kerana pada masa tu nanti anak sulung saya dah pun selamat melahirkan anaknya yang juga merupakan cucu pertama saya. Insya'Allah.

semoga Allah panjangkan usia kami semua untuk terus bersama dalam satu keluarga. AMIN



Perkelahan keluarga

aksi menantu saya yang kesejukan bila pertama kali merasa mandi sungai di sini


gambar ni gambar lama sebenarnya. gambar tahun lepas selepas majlis perkahwinan anak sulung saya. saya saja letak sebab baru2 ni masa anak sulung saya pulang bercuti ke kampung dia mintak nak pergi berkelah. isteri saya tak bagi sebab dia tengah mengandung. mengenangkan permintaan dia yang dah masuk kali kedua tu, saya pun saja letak gambar ni untuk tatapan semua.


anak sulung dan menantu saya

kami sekeluarga memang akan sentiasa ambil masa untuk pergi berkelah kalau anak-anak pulang bercuti. bukan anak-anak saja yang turut serta tapi saya akan bawak sama anak-anak saudara saya yang tinggal bersebelahan rumah saya. isteri dan anak-anak perempuan akan siapkan bekalan makanan. menu wajib kami masa berkelah ialah sandwich telur dan sardin. kalau ada masa kami bawak ayam yang dah di perap. hidupkan api tepi sungai, bakar ayam. memang seronok.

anak saya qarmila farhah, aidil dan isteri saya.
saya di belakang sambil menunjukkan bakat


aktiviti wajib bila berkelah



sekarang saya akan tunggu anak sulung saya selamat bersalin. bila dah selesai semuanya, saya akan bawa anak-anak saya berkelah lagi. inilah masanya kami dapat berkumpul bersama. untuk anak sulung saya, bersabar ya.

Monday, June 8, 2009

Projek saya di sekolah


Hobi saya memang tertumpu pada kerja kerja yang berkaitan kemahiran. Dari saya kecil hingga la sekarang, dan usia saya pun sudah hampir menjangkau 53 tahun pada Oktober ini... saya masih tidak boleh meninggal kan minat saya yang satu ini selain membaiki kenderaan. Terima kasih pada Allah yang memberikan saya kebolehan ini untuk saya melakukan sesuatu samada untuk keluarga atau masyarakat. Seperti kata abang kesayangan saya 'ATEH', saya ini bertuah kerana mahir dengan pelbagai kemahiran.



gambar saya dan menantu sulung di atas jambatan gantung dan kolam ikan yang saya bina





Sekarang saya sedang menyiapkan projek membina kolam dan tempat beristirehat di kawasan sekolah saya iaitu SEKOLAH KEBANGSAAN DAMAK, JERANTUT PAHANG. Gambar-gambar yang sempat saya masuk kan kali ini, telah diambil pada hari semalam oleh anak sulung dan menantu saya. Mereka bersama-sama saya telah pergi ke sekolah untuk melihat hasil kerja ayah mereka ini.


Kolam, jambatan gantung, tapak semaian padi, air pancut, laluan santai dan juga tempat duduk untuk berehat bagi para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah sudah hampir siap sepenuhnya. Saya membina nya sendiri sedikit demi sedikit dengan segala kudrat yang ada. Walaupun ada kalanya saya tidak sihat kerana masalah kesihatan, saya tetap cuba untuk menyiapkan nya supaya dapat digunakan oleh warga sekolah saya.


gambar saya dan anak perempuan sulung saya yang mengandung 6 bulan


beberapa anak padi di tepi kolam ikan dan padi yang sudah mula berbuah



Saturday, May 30, 2009

Jejak Kasih


Ishak Abd Aziz dan isteri




Rani bersama Azman b Abd Aziz


ini gambar anak saudara saya (Ishak dan Azman) yangtak pernah saya temui sebelum ini. gambar ni semasa majlis perkahwinan Najib anak Rose, cucu kepada arwah Abg Majid Singapore. Abdul Aziz adalah adik beradik ku sebapa dan Abdul Aziz juga adalah abang kepada penyanyi Ramli Sarip, adik beradik seibu.

Projek Rumah Kucing

dalam hujan saya menyiapkan rumah kucing kesayangan saya


ini projek membina rumah kucing saya. dah terlalu banyak kucing sehingga perlu ada rumah untuk mereka duduk. gambar ni di ambil semasa sedang hujan. alhamdulillah, akhirnya rumah kucing ni dah pun siap dan dah pun selamat mereka duduk :D