Sir Tauhid Alhaj


Sunday, February 14, 2010

THE OPENING OF 2010













Pada 11 januari 2010 (isnin) jam 130pm, pulang dari sekolah (biasanya balik jam 1pm. tetapi mulai minggu ini jadual telah berubah jam 130pm kerana ada kelas tasmik). Seperti biasa saya menuju ke masjid dengan menunggang motosikal (biasanya bawak kereta). memandang kan waktu solat dah terlewat sikit, jadi saya memecutkan sedikit motor supaya sempat berjemaah bersama sama. malang tidak berbau.. pada pertengahan perjalanan, tiba tiba saya rasa handle motor bergetar dan saya dapti tayar hadapan telah pecah. saya berjuang antara hidup dengan mati untuk mengelak sebuah lori yang datang bertentangan saya. selepas lori itu berlalu pergi, saya dapat merasakan handle motor terseret ke kanan. saya hanya mengikut sahaja ke mana motor itu pergi tanpa dapat mengawalnya. untuk mengelak kan nya daripada melanggar sebatang tiang telefon, saya melompat berguling guling ke dalam semak dan tercampak di rumpun buluh. seorang pemandu lori dan 4 orang pekerja telekom berhenti dan mengangkat saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan terus dihantar dengan ambulan ke hospital jerantut. saya mengucapkan terima kasih di pertolongan mereka. hanya Allah yang dapat membalasnya. saya hanya mengenali seorang sahaja iaitu pemandu telekom, Mr. Samy. selama seminggu saya tinggal di dalam wad. anak anak dan isteri lah yang bergilir gilir menjaga ayahnya. saya berterima kasih kerana mereka menjaga saya. ini lah gambar2 sepanjang saya di hospital daerah jerantut.

Wednesday, July 15, 2009

Masih ingat kah peritiwa Natrah

Saat-saat bahagia pasangan Mansor Adabi bersama Natrah

Kalaulah Natrah tahu...
Kisah budak perempuan bernama Natrah yang dibela sebuah keluarga Melayu tetapi direbut bapanya, seorang Belanda, menggemparkan Tanah Melayu. Selepas 59 tahun, peristiwa murtad itu terus diperkatakan.

PEMERGIAN Bertha Hertogh, atau nama Islamnya, Natrah, 72, pada 9 Julai lalu, disifatkan bekas penulis dan penyelidik untuk majalah Dewan Masyarakat, Datin Fatini Yaacob, 50, sebagai satu pengakhiran kepada penderitaan wanita malang itu.
Fatini pernah menjejak Natrah sehingga ke Belanda dan Amerika Syarikat (AS) kira-kira 20 tahun lalu untuk merungkai kisah pencetus Rusuhan Natrah yang berlaku di Singapura pada 1950 itu.

Natrah, yang dilahirkan pada 24 Mac 1937, menjadi rebutan antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamad, dengan keluarga kandungnya yang berasal dari Belanda.
Sebelum itu, Natrah ditinggalkan ibunya, Adeline Hunter, di bawah jagaan Che Aminah ketika berumur lima tahun di Jawa setelah bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh, ditawan tentera Jepun. Sepanjang berada di bawah jagaan Che Aminah, Natrah dididik dengan agama Islam dan adat Melayu.
Setelah berpindah ke Singapura, Hertogh menuntut Natrah dikembalikan kepadanya.

Pada mulanya Che Aminah memenangi hak penjagaan ke atas Natrah. Namun tindakannya menjodohkan Natrah dengan Mansor Adabi, seorang guru berusia 22 tahun, mengeruhkan keadaan kerana Natrah baru berumur 13 tahun.
Undang-undang Belanda menetapkan remaja di bawah 16 tahun tidak boleh dinikahkan dan pernikahan itu berlangsung di Singapura yang mengamalkan undang-undang British.


Tinggal kenangan;
(dari kiri)Peguam Ahmad Ibrahim,Natrah,Cik Aminah,Mansor Adabi(suaminya)bapa angkat Mansor M.A Majid


Akhirnya, pernikahan itu dibatalkan dan Natrah dibawa pulang ke Belanda. Ketika di Belanda, Natrah dimurtadkan, sekali gus mencetus kemarahan warga Singapura dan Tanah Melayu. Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.

Khamis lalu, 9Julai 2009 bersamaan 16Rejab 1430H Natrah dilaporkan meninggal dunia di Huijbergen, Belanda selepas lama menderita penyakit leukemia.
"Mengikut kajian dan pemerhatian saya sehingga hari dia meninggal dunia, Natrah tidak pernah mahu melupakan bekas suaminya, arwah Mansor Adabi, ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed, keluarga angkatnya yang kini berada di Kemaman, Terengganu, dan kehidupannya di Singapura," kata Fatini yang kini merupakan Karyawan Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Malah, ujar beliau, hidup Natrah sejak dibawa ke Belanda yang dipenuhi dengan paksaan menyebabkan trauma yang berpanjangan.
"Hidupnya ketika itu dikelilingi polis setiap masa. Dia juga dipaksa untuk melakukan banyak perkara di luar keinginannya termasuklah melupakan Mansor, Che Aminah, keluarga angkat dan segala amalan yang berkaitan dengan Islam.
Setelah gagal menjejak Natrah di Belanda,Fatini(kanan)pergi ke AS dan bertemu Natrah di sana pada tahun 1989


"Sedangkan semasa di bawah jagaan Che Aminah, hubungan Natrah dengan ibu angkatnya itu cukup mesra dan penuh kasih sayang.
"Perkara ini diakui seorang pegawai Inggeris yang ditugaskan untuk menjaga Natrah ketika diletakkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Singapura, Tom Eames Hughes, yang kemudiannya menulis kisah itu dalam bukunya bertajuk Tangled Worlds: The Story of Maria Hertogh (1980)," kongsinya.




Natrah cuba bunuh suami
Menjelaskan kenyataan itu dengan merujuk rentetan kejadian cubaan Natrah membunuh suami kedua sehingga mengakibatkan perceraian, cubaan membunuh diri dan kekerapan ibu kepada 10 orang anak itu dimasukkan ke wad sakit jiwa, Fatini menambah, ia turut dilihat dengan jelas olehnya ketika menemu ramah Natrah di AS pada tahun 1989.
"Setiap kali menyebut nama Mansor Adabi, air matanya bergenang. Malah, bahasa tubuhnya juga berubah. Padahal waktu itu dia sudah berumur 52 tahun.
"Semasa temu ramah pula dia berbahasa Inggeris sepanjang masa. Tetapi ada juga dia tersasul menyebut 'cabai kerawit'. Jadi sebenarnya dia masih ingat bahasa Melayu," kenang Fatini yang turut mengingatkan bahawa teman lelaki terakhir Natrah ialah seorang warga Indonesia.
Imbas;wajah ayu Natrah ketika berusia 13 tahun yg memaut hati Mansor Adabi






Menggambarkan perwatakan Natrah sebagai seorang yang lemah lembut, Fatini bagaimanapun mengakui sukar untuk sesiapa pun membaca kesengsaraan itu pada wajahnya.
"Dia bijak menyembunyikan perasaannya. Malah hubungannya dengan anak-anak amat baik," katanya.
Ketika berita Natrah meninggal dunia sampai kepadanya, Fatini masih dalam proses melengkapkan buku biografi wanita malang itu.
"Kematian Natrah menimbulkan rasa terkilan dalam diri saya kerana banyak lagi yang saya ingin lakukan untuknya.
"Selain melengkapkan biografi ini, saya berharap benar agar dapat membantu Natrah mengubah persepsinya terhadap banyak perkara.
"Kalaulah Natrah tahu arwah Mansor hanya berhenti berusaha mendapatkannya semula setelah menerima surat yang kononnya dikirimkan Natrah. Dalam surat itu, Natrah memberitahu Mansor tentang dia sudah memeluk agama Katolik dan meminta Mansor melupakannya...
"Kalaulah Natrah tahu ada seorang lelaki bernama JC Vermeulen yang selama ini berusaha untuk menghubungkannya semula dengan Mansor melalui surat-surat yang dihantar 'mereka'...
"Natrah juga berasa bertanggungjawab ke atas kematian yang berlaku dalam rusuhan itu sehingga menyangka ada orang mahu membunuhnya selama ini," ujar anak kelahiran Perlis ini.
Menyentuh tentang rusuhan yang berlaku, Fatini berpendapat ia berpunca daripada tindakan media tempatan Singapura yang bertindak melanggar sensitiviti agama Islam.
"Ia berpunca daripada provokasi media tempatan Singapura yang berkali-kali memaparkan gambar Natrah berlutut di depan patung Virgin Mary. Perkara itu menyentuh sensitiviti agama," luahnya.

Kronologi

• Fatini menjelaskan bahawa mengikut tulisan jawi nama Natrah dieja sebagai Nadrah
• Sehari sebelum Mansor Adabi meninggal dunia sempat menyerahkan 4 fail yang berisi surat-surat yang kononnya dikirimkan Natrah kepadanya,Kini surat-surat itu ada didalam simpanan DBP
• Fatini tidak dapan mengesahkan samada Mansor pernah melafaskan cerai keatas Natrah selepas Natrah memutuskan hubungan antara mereka berdua.
• Selepas empat bulan berhempas pulas membuat kajian menjejak Natrah ke Belanda dan AS dan menyelami penderitaan yang dialamai wanita itu.Fatini merasakan dia amat mengenali Natrah.”Hasil kajian itu membuatkan saya merasa ingin memeluknya.Tetapi ketika berjumpa dengannya,Natrah hanya memeluk anak-anaknya.Saya agak kecewa tetapi saya faham dia agak fobia dengan media.Tambahan dia tidak tahu apa yang saya lakukan”luahnya.
• Fatini berkonsi antara kejadian paling perit yang pernah diterima Natrah ialah berita Mansor berkahwin lain.”selepas itu dia hampir membunuh diri dan suaminya,ditahan polis,bercerai dan dimasukkan ke wad pesakit jiwa.”katanya

Friday, July 3, 2009

Happy 29th Wedding Anniversary ~ From Kak Long & Albar



Scrapbooking at WiddlyTinks.com



To Our Beloved Mama & Babah :


HAPPY 29th ANNIVERSARY

Your anniversary is a time
For sharing your affection;
It’s obvious the two of you
Have quite a deep connection!

We send glad congratulations
And heartfelt wishes, too,
For joyful happiness and love

In everything you do.

WE LOVE BOTH OF YOU

Sunday, June 28, 2009

Family picnic - Lata Meraung

Pada 27 june , Ahad. saya dan keluarga telah pergi berkelah di Lata Meraung, Jerantut. Jerantut memangnya terdapat banyak tempat perkelahan. saya kira lebih dari sepuluh tempat-tempat yang menarik.jom lah ke tempat saya.sekali datang pasti nak lagi. saya pergi 10 orang.2 kereta.saya pakai kereta antik saya ni lah.Tengok gambar di sebelah.macho tak?






Tuan Puan, encik dan cik, ini bukan OKU. Foto saya keletihahan selepas saban hari melayan kerenah anak anak. Nak tau tak?? ketika saya melangkah kan kaki kiri ke tapak perkemahan, saya telah disengat oleh 5 ekor penyengat. pehhhhh... bisa!!!!!! walaupun nasib saya agak malang pada hari itu saya tetap bergembira.





Peserta-peserta perkelahan yg layak ke peringkat pertandingan akhir acara renang kuak dada...hehe













Amira,Yen n Kaklong.

















Yang mana Indon dan yg mana Siamese? cuba teka.















Foto keluarga selepas piknik letih tetapi seronok.
(2budak lelaki duduk hadapan anak jiran)

Sunday, June 21, 2009


special from Kak Long



Thursday, June 18, 2009

MIKI


ini gambar aksi anak saya, aidil dan menantu saya dengan kucing kesayangan kami. MIKI namanya. menantu dan anak saya ni memang suka kan kucing. dan mereka suka letak kucing dalam baju macam tu. gambar ni sempat dirakam masa cuti sekolah tahun lepas. sekarang MIKI dah besar. dah tak boleh letak dalam baju lagi dah.





Hari Lahir

3A - Albar, Aidil dan Amira

ini pun dari koleksi gambar-gambar lama saya. gambar tahun lepas bulan december. ini pun antara aktiviti tahunan wajib keluarga saya. kami akan buat makan-makan sesama anak beranak dan ipar saya yang tinggal disebelah rumah akan saya jemput sama untuk memeriahkan lagi majlis. biasanya kami buat BBQ... cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ni dah takde lagi menu satay. yang tinggal cuma ayam bakar saja.

aktiviti membakar ayam

gambar ni masa majlis hari lahir 3 org anak saya (sorang lagi menantu) yang jatuh pada bulan november dan december. menantu saya pada 26 november. aidil pada 28 november dan amira pada 7 december. kami gabung kan ketiga-tiganya dalam satu majlis.

kenangan bersama anak-anak dan ipar saya

tak lama lagi saya pula yang akan menyambut hari lahir saya yang ke 53 tahun. dan biasanya kami akan buat satu majlis juga kerana kebetulan pada bulan yang sama dua orang anak saya turut berkongsi bulan kelahiran. anak sulung saya pada 22 oktober dan qarmila pada 16 oktober. manakala saya pada 15 oktober. tapi rasanya tahun ini sambutan akan lebih meriah kerana pada masa tu nanti anak sulung saya dah pun selamat melahirkan anaknya yang juga merupakan cucu pertama saya. Insya'Allah.

semoga Allah panjangkan usia kami semua untuk terus bersama dalam satu keluarga. AMIN