Sir Tauhid Alhaj


Monday, June 8, 2009

Projek saya di sekolah


Hobi saya memang tertumpu pada kerja kerja yang berkaitan kemahiran. Dari saya kecil hingga la sekarang, dan usia saya pun sudah hampir menjangkau 53 tahun pada Oktober ini... saya masih tidak boleh meninggal kan minat saya yang satu ini selain membaiki kenderaan. Terima kasih pada Allah yang memberikan saya kebolehan ini untuk saya melakukan sesuatu samada untuk keluarga atau masyarakat. Seperti kata abang kesayangan saya 'ATEH', saya ini bertuah kerana mahir dengan pelbagai kemahiran.



gambar saya dan menantu sulung di atas jambatan gantung dan kolam ikan yang saya bina





Sekarang saya sedang menyiapkan projek membina kolam dan tempat beristirehat di kawasan sekolah saya iaitu SEKOLAH KEBANGSAAN DAMAK, JERANTUT PAHANG. Gambar-gambar yang sempat saya masuk kan kali ini, telah diambil pada hari semalam oleh anak sulung dan menantu saya. Mereka bersama-sama saya telah pergi ke sekolah untuk melihat hasil kerja ayah mereka ini.


Kolam, jambatan gantung, tapak semaian padi, air pancut, laluan santai dan juga tempat duduk untuk berehat bagi para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah sudah hampir siap sepenuhnya. Saya membina nya sendiri sedikit demi sedikit dengan segala kudrat yang ada. Walaupun ada kalanya saya tidak sihat kerana masalah kesihatan, saya tetap cuba untuk menyiapkan nya supaya dapat digunakan oleh warga sekolah saya.


gambar saya dan anak perempuan sulung saya yang mengandung 6 bulan


beberapa anak padi di tepi kolam ikan dan padi yang sudah mula berbuah



1 comment: